Kami merupakan pemaju perumahan yang bersekala kecil yang beroperasi di sekitar Daerah Besut, Terengganu. Aktiviti teras perniagaan kami adalah membina dan menjual rumah kediaman seperti rumah Banglo Setingkat, rumah jenis Semi-D Setingkat dan rumah jenis teres setingkat. Kami hanya membina rumah kediaman dalam lingkungan satu (1) hingga empat (4) buah sahaja setiap tahun. Ini bertujuan untuk menjamin kualiti rumah kediaman yang kami bina. Sehubungan dengan itu pemilik kediaman akan menikmati "value for money".
Buat masa sekarang ini kami hanya mempunyai sebuah rumah banglo setingkat yang telah siap dibina sepenuhnya (100% siap) berserta Sijil Layak Duduk (CCC) di Gong Kepas Dalam, Kampung Raja, Besut, Terengganu untuk dijual. Keluasan rumah adalah 1,733 kps dan keluasan tanah adalah 5,850 kps. Terdapat 4 bilik dan 3 bilik air. Harga RM438,000.
Kami juga ada se buah lagi rumah untuk dijual iaitu jenis banglo setingkat yang sedang dalam pembinaan yang mana statusnya 65% siap di Kampung Baru, Batu Tumboh, Besut, Terengganu. Keluasan rumah adalah 1,733 kps dan keluasan tanah 5,850 kps. Dibina dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Harga RM438,000.
Insya Allah pada awal Januari 2021 kami akan memulakan pembinaan 4 unit rumah berkembar setingkat di Jalan Seri Nangka 4, Gong Kepas Dalam (depan SK TEngku Mahmood 2), Besut, Terengganu di mana harga jualan adalah RM290,000 dengan keluasan 1,320 kps. dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Segala urusan pembelian termasuk urusan pembiayaan perumahan (pinjaman bank atau LPPSA) akan kami uruskan sehingga kediaman yang tuan/puan beli tersebut selesai dipindah milik dengan sewajarnya.