- Hits: 7527
Kediaman Moden Dan Luxury Serta Mampu Milik
Kami merupakan pemaju perumahan yang bersekala kecil yang beroperasi di sekitar Daerah Besut, Terengganu. Aktiviti teras perniagaan kami adalah membina dan menjual rumah kediaman seperti rumah Banglo Setingkat, rumah jenis Semi-D Setingkat dan rumah jenis teres setingkat.
Buat masa sekarang ini kami mempunyai sebuah rumah banglo setingkat yang masih dalam pembinaan yang mana statusnya 70% siap di Lot 60654 Kg. Baru, Batu Tumboh, Besut, Terengganu untuk dijual. Keluasan rumah adalah 1,733 kps dan keluasan tanah adalah 5,850 kps. Terdapat 4 bilik dan 3 bilik air. Harga jualan RM428,000.
Kami juga mempunyai 4 unit rumah berkembar setingkat jenis moden Grade AAA untuk dijual di Gong Kepas Dalam, Besut, Terengganu. Keluasan rumah 1356 kps dan keluasan tanah adalah 3,080 kps. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga jualan RM279,000. Pembinaan akan bermula Insya Allah dalam bulan January 2022 dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 31 December 2022. Tempahan jualan telah pun dibuka.
Segala urusan pembelian termasuk urusan pembiayaan perumahan (bank atau LPPSA) akan kami uruskan sehingga kediaman yang tuan/puan beli tersebut selesai dipindah milik dengan sewajarnya.
Banglo Moden Dan Luxury Setingkat Di Kg. Baru, Batu Tumboh, Kg. Raja, Besut, Terengganu (70% Siap)
Banglo Moden dan Luxury Setingkat untuk dijual di Lot 60654 Kg. Baru, Batu Tumboh, Kampung Raja, Besut, Terengganu. Status pembinaan adalah 70% siap. Keluasan rumah adalah 1,733 kps dan keluasan tanah adalah 5,850 kps.
Dibina dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Dilengkapi dengan kitchen cabinet dan table top, cooking stove jenis 2 burner, 1 unit water heater dengan shower rinse, loceng pintu, bekalan elektrik jenis 3 phasa, plaster syiling sepenuhnya, lantai dipasang tiles sepenuhnya, 8 unit kipas siling jenama KDK, 6 power socket untuk aircond, 3 power socket untuk water heater, lampu siling jenis LED, cermin tingkap jenis reflective apple green, pagar rumah jenis konkrit penuh, 2 pintu pagar utama jenis stainless steel, pagar rumah dilengkapi dengan lampu pagar sepenuhnya, rumah dicat dengan menggunakan cat jenis Jotun yang berkualiti tinggi dan banyak lagi.
Mengapa tuan/puan mesti memiliki kediaman ini?
1. Status pembinaan kediaman ini telah menjangkau 70% siap dan oleh itu tuan/puan tidak perlu menunggu begitu lama untuk mendiami rumah ini.
2. Kediaman ini telah dibina dengan menggunakan bahan-bahan binaan yang amat berkualiti tinggi.
3. Lokasi yang amat strategik di kelilingi oleh kediaman-kediaman sedia ada didalam taman perumahan yang telah lama dilengkapi dengan prasarana.
4. Kediaman ini dbina diatas tanah Freehold dan lokasiny pula adalah corner lot.
5. Dilengkapi dengan lampu-lampu jalan.
6. Dilengkapi dengan jalan berturap/bertar sepenuhnya di kawasan perumahan ini.
7. Lokasi bebas banjir.
8. Lokasi mesra kejiranan dan bebas kecurian.
9. Hanya 600 Meter ke SK Tengku Mahmood 2.
10. Hanya 3 KM ke Pasaraya Supermas dan Bank di Gong Kepas Luar.
11. Hanya 4 KM ke pusat pentadbiran Daerah Besut iaitu di Kampung Raja.
12. Dan banyak lagi kelebihan dan keistimewaan kediaman ini.
Call sekarang 013 - 3422 861.