Real time web analytics, Heat map tracking

Sejahtera Ideal Properties Sdn. Bhd.

Recently Sold

Recently Sold (2)

Monday, 27 June 2016 16:30

Lot 2318 Jalan Bkt Keluang

Written by

Banglo Mewah 1 Tingkat Berkonsep Moden di lot 2318 Jalan Bukit Keluang (berhadapan MRSM Bukit Keluang dan besebelahan Institut Pendidkan Guru), Besut, Terengganu. Di kawasan ini merupakan kawasan perumahan banglo mewah di daerah Besut, Terengganu dan kawasan ini amat berhampiran dengan Pantai Bukit Keluang.

Kerja-kerja pembinaan Insya allah akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja lagi dan sekarang ini kami sedang membuka untuk tempahan. Package Jualan Banglo ini termasuk Quality Top Kitchen Cabinets (33" Tinggi) dan tidak termasuk hanging cabinet, pagar konkrit sepenuhnya setinggi 5.5 kaki dibahagian hadapan manakala dibahagian sisi dan belakang rumah adalah jenis separuh "chain link" dan separuh konkrit dan Pintu Pagar Utama jenis  Quality Stainless Steel (16' Panjang X 6.5' Tinggi), 8 unit kipas jenama KDK jenis remote control berwarna silver, loceng pagar, cooker 2 burner jenama Rubin, lampu jenis LED Downlight di semua ruang dalam dan di luar rumah, lampu di setiap penjuru luar rumah, lampu di setiap tiang pagar di luar rumah dan lain-lain lagi. Kami juga menyediakan power points yang komprehensif untuk pemasangan aircond setiap bilik, lampu tidur setiap bilik, water heater setiap bilik mandi, automatic main gate (pintu pagar utama) dan sebagainya.

Manakala bahan-bahan binaan yang digunakan adalah jenis yang berkualiti dan kebanyakannya bahan-bahan yang diluluskan oleh SIRIM. Sila rujuk "Additional Info" dibawah.

Pembinaan Banglo Setingkat ini djangka siap sepenuhnya di akhir March 2018.

Keluasan rumah adalah 2018kps dan keluasan tanah adalah 10,548kps. Nilai pasaran tanah di sini adalah RM16/kps. Status tanah adalah bangunan dan leasehod 99 Tahun.

Tuan/puan boeh melihat Rumah Contoh di Lot PT 868 Jalan Balai Bomba Kg. Raja (di belakang Petronas) untuk membuat penilaian sebelum membuat tempahan.

Urusan pinjamam perumahan Insya Allah akan diuruskan oleh pihak kami.

Mengapa tuan/puan harus memiliki Banglo Setingkat ini?

1. Lokasinya amatlah strategik didalam kawasan perumahan elit di Besut dan berhampiran dengan Pantai Bukit Keluang. Juga berhampiran dengan Maktab Perguruan, MRSM dan sebagainya.

3. Nilai pasaran tanah di sini adalah tinggi dan sedang meningkat naik.

4. Keluasan tanah adalah amat luas iaitu 10,548 kaki persegi hampir 1/4 ekar.

5. Bahan-bahan binaan yang digunakan adalah dari jenis yang berkualiti yang kebanyakan material yang diluluskan oleh SIRIM dan kayu-kayu untuk frame tingkap, frame pintu, daun pintu dan kekuda bumbung adalah dari jenis kayu yang berkualiti tinggi seperti kayu kelat, seraya merah, meranti merah dan sebagainya.

Maklumat lanjut hubungi 013-3422861.

Sold Out.

 

Monday, 27 June 2016 16:03

Lot PT868 Kg Raja, Besut

Written by

Banglo Mewah 1 Tingkat Berkonsep Moden di lot PT868 Jalan Terbak (belakang Petronas), Pekan Kampung Raja (sebelah Kota Putra Square), Besut, Terengganu. Pembinaan Banglo Mewah dan Moden ini telah 100% siap dan sijil layak duduk (Certificate of Completion and Compliance) telah pun diperolehi. Package Jualan Banglo ini termasuk Quality Top Kitchen Cabinets (33" Tinggi) tidak termasuk hanging cabinet dan stainless steel sinky jenama TORA, Cooker 2 Burner jenama Rubin, sinky berkabinet di setiap bilik air, pagar konkrit sepenuhnya setinggi 5.5 kaki tinggi dibahagian hadapan manakala dibahagian sisi dan belakang rumah adalah jenis separuh "chain link" dan Pintu Pagar Utama jenis Quality Stainless Steel (16' Panjang X 6.5' Tinggi), 8 unit kipas jenama KDK jenis remote control berwarna silver, lampu di dalam kesemua ruang rumah jenis LED downlight, loceng pagar, lampu di setiap tiang pagar dan di setiap penjuru rumah dan lain-lain. Kami juga menyediakan power points yang komprehensif untuk pemasangan aircond setiap bilik, lampu tidur setiap bilik, water heater setiap bilik mandi, automatic main gate (pintu pagar utama) dan sebagainya.

Manakala bahan-bahan binaan yang digunakan adalah jenis yang berkualiti dan kebanyakannya bahan-bahan yang diluluskan oleh SIRIM. Sila rujuk "Additional Info" dibawah.

Keluasan rumah adalah 1828kps dan keluasan tanah adalah 7,222kps. Nilai pasaran tanah di sini adalah RM20/kps. Status tanah adalah jenis bangunan di kawasan pekan dan Freehold iaitu tiada tempoh limit pegangan dan tiada sekatan belian/jualan terhadap mana-mana bangsa yang berwarganegara Malaysia. Ini bermaksud semua warganegara Malaysia layak membeli rumah Banglo ini.

Urusan pinjamam perumahan Insya Allah akan diuruskan oleh pihak kami.

Mengapa tuan/puan harus memiliki Banglo Setingkat ini?

1. Status tanah adalah "Freehold" dalam kawasan pekan iaitu hak milik kekal bahkan boleh ditukar hakmilik kepada sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia walaupun mereka itu bukan orang melayu.

2. Lokasinya amatlah strategik didalam kawasan pekan iaitu bersebelahan dengan Kota Putra Square dan belakang stesen minyak Petronas Kampung Raja.

3. Nilai pasaran tanah di sini amatlah tinggi kerana didalam kawasan pekan dan tiada sekatan hak milik.

4. Hanya 100 hingga 200 meter sahaja dari pejabat-pejabat agensi kerajaan seperti Balai Polis, Majlis Daerah Besut, Pejabat Tanah, Bomba, masjid daerah dan sebagainya.

5. Bahan-bahan binaan yang digunakan adalah dari jenis yang berkualiti yang kebanyakan material yang diluluskan oleh SIRIM dan kayu-kayu untuk frame tingkap, frame pintu, daun pintu dan kekuda bumbung adalah dari jenis kayu yang berkualiti tinggi seperti kayu kelat, seraya merah, meranti merah dan sebagainya.

Sold Out.

Maklumat lanjut hubungi 013-3422861.

 

Compare Items

Your compare list is empty, please add at least two items to it!