Real time web analytics, Heat map tracking

Sejahtera Ideal Properties Sdn. Bhd.

about

Kami adalah Kontraktor Binaan yang berdaftar dengan CIDB (Grade G3) dan juga Pemaju Perumahan yang melaksanakan projek-projek yang berskala kecil sahaja. Buat masa sekarang ini kami hanya fokus kepada pembinaan rumah-rumah Banglo setingkat yang berkonsepkan Mewah, Moden dan Berkualiti. Yang kami maksudkan konsep mewah ialah kami hanya akan menggunakan bahan-bahan binaan yang berkualliti dan yang kebanyakannya bahan-bahan yang diluluskan oleh pihak SIRIM sahaja (contohnya atap jenis Monier Advanced Contour,  cermin tingkap jeni tinted apple green-reflective, tangki air jenis stainless steel berjenama STAR, dinding bangunan konkrit dibuat menggunakan batu bata merah, kekuda bumbung dibina menggunakan kayu jenis kelat dan meranti merah grade A, frame tingkap dan pintu dibuat dari kayu jenis kulim, daun panel tingkap dibuat dari kayu jenis seraya, sistem pembentongan menggunakan batang paip berwarna putih bersaiz 4 inci yang diluluskan oleh SIRIM, syling jenis pluster di seluruh bahagian dalam rumah termasuk bilik air dan sebagainya). Bagi menjamin dan mengekalkan mutu bahan dan kerja binaan yang berkualiti tinggi, kami mensasarkan untuk membina hanya 5 hingga 8 buah rumah banglo setingkat sahaja dalam setiap tahun. Oleh yang sedemikian Insya Allah kami mampu mengawal dan mengekalkan kerja binaan yang menarik dan berkualiti tinggi.

Buat masa ini kami ada 3 projek yang telah diluluskan oleh pihak majlis tempatan. Di mana 2 dari 3 unit Banglo Setingkat telah pun didalam proses pembinaan di dalam Pekan Kampung Raja (belakang Petronas Kg. Raja), Besut, Terengganu yang mana 1 darinya hampir 100% status siap dan yang 1 lagi baru 45% status siap. Dan yang baki lagi 1 unit Banglo Setingkat di Jalan Bukit Keluang, Besut, Terengganu akan di bina Insya Allah dalam bulan December 2016.

Insya Allah projek kami yang akan datang ialah pembinaan 4 unit Banglo Setingkat di Kok Lanas (berhampiran Politeknik Kota Bharu) yang akan dilancarkan pada February 2017.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami di talian 013-3422861.

Compare Items

Your compare list is empty, please add at least two items to it!